Saturday 16 August 2014

Prolog


Ada suatu pagi hening yang indah di ladang teh. Terlihat sang langit hampir selesai menggantikan sisa-sisa kelamnya dengan cahaya baru yang berserakan meriah. Sang langit tidak lagi berawan dan rakannya, sang matahari pula masih baru memancarinya. Di bawahnya pula, kelihatan dedaun hijau dibasahi embun bercampur air hujan terhampar luas jauhnya. Kabut tebal singgah sekali sekala bersama hujan gerimis yang mendinginkan kawasan beralun bukit Cameron Highlands itu. Kesejukan yang dibawa angin bertiup menggigit tubuh dan membekukan seketika perasaan mereka yang hanya merenung keindahan tetapi kurang pula kesannya angin itu pada tubuh mereka yang sedang dibasahi keringat mencari rezeki.

Sesekali tubuh disapa air yang gugur daripada pohon renek kediaman sang burung yang sedang gigih membuat sarang. Burung itu kemudiannya turun singgah ke bawah pohon, mengutip ranting-ranting berserakan di atas permukaan tanah yang lembab. Kemudian ia terbang semula sambil membawa ranting yang diambil itu ke atas pohon tadi. Disusunnya dengan rapi. Nampaknya, tekun sekali ia menyiapkan kediaman buat telur-telur kesayangan yang akan dipeliharanya kelak.

Kekk! Kekk! Kkekk!

Bunyi enjin satu dua jeep yang mampir tidak begitu mengganggu kedamaian alam yang terlindung ini. Ia hanya bunyi-bunyian tambahan selain bunyi geseran sesama pepohon disebabkan tiupan angin serta nyanyian merdu sang burung tiung.

Til. Tul. Til. Tul. Til. Tun. Til. Tul…

Kedengaran alunan muzik nan indah membelah kesunyian langit yang kian mencerah.

Tun. Til. Tul. Til. Tul. Til. Tul. Tun. Til. Tul…

Selepas itu, ia semakin rancak lagi membongkarkan iramanya. Sehinggalah sampai ke penghujungnya, tiba-tiba ada seseorang menegur.

River Flows In You?

Yes!” jawab yang ditegur.

Having a morning walk?” yang ditegur pula bertanya.

Yeah. So fantastic here. With your impressive piano skills, this village become alive!

Thank you sir. I just following the notes accordingly through this gadget. Hehe.” yang ditegur merendah diri.

Dear son. If you have something good within you, why not show them to us? We might not know how beneficial it will be. Hahaha!” orang tua itu berkata seperti lagak seorang pendeta.

“Hehehe.” anak tempatan ketawa kecil.

By the way, which country are you from?

Oh. I am from Australia. My son! It’s okay for me to converse using Malay language. Hahaha!

“Oh! Aaa..Pak cik boleh cakap Melayu rupanya.” teragak si anak tempatan memulakannya.

“Ya. Pak cik dah ada di sini selama 3 bulan. Dah boleh bercakap sedikit-sedikit.” lancar sahaja pertuturannya tapi pelat bahasa negara asalnya masih kedengaran.

“Ini isteri dan anak kamu?” orang tua yang berbangsa asing itu bertanya pula.

“Ya pak cik. Saya bawa mereka jalan-jalan hujung minggu ini.”

“Hello. Hai cucu!” disapanya penuh mesra.

“Nabil, cakap hai pada atuk.” si ayah mengajar anaknya.

“Hai atuk!” pantas si kecil bermesra.

Si isteri memberi senyum.

“Jarang kami dapat bertutur bahasa tempatan dengan pelancong asing seperti pak cik ni. Hehe.” si isteri menyatakan pendapatnya.

“Oh, anakku! Memang sepatutnya pak cik berbahasa dengan bahasa kamu. Pak cik cuma pendatang di sini. Lagipun, rugi kalau tidak belajar bahasa negara yang pak cik lawat!” orang tua itu menjelaskan.

“Ya pak cik. Kami orang Malaysia mungkin terasa lebih hormat pada tetamu. Hehe.” si isteri tergelak kecil.

“Hahaha! Ep?!” terhenti ketawa orang tua itu bila menatap jam tangannya.

“Anakku! Pak cik perlu pulang segera. Pak cik sudah berjanji dengan kawan pak cik.” si tua tadi mula tergesa-gesa.

“Baiklah. Seronok dapat berbual dengan pak cik.” si suami memberi kata penghabisan.

“Hati-hati jalan ya pak cik. Nabil, cakap bye pada atuk.” si isteri memberitahu anaknya.

“Bye atuk!” si kecil melambai-lambaikan tangannya.

“Baiklah anakku! Semoga berjumpa lagi!” si tua itu melambai mesra sambil mempercepatkan langkahnya.
Kelibat orang tua tadi makin lama makin hilang dari pandangan mata. Anak tempatan tadi tertanya-tanya siapakah orang yang dijumpainya tadi. Tidak sempat dia berbual panjang untuk mengetahui lebih lagi tentang diri orang tua itu. 

Dia jadi teringat akan seseorang yang berasal dari Perancis yang pernah dijumpainya suatu ketika dulu. Orangnya berkarisma. Tutur katanya juga menyenangkan hati. Suatu hari, dia terbaca satu artikel di akhbar yang menceritakan kerjaya seorang sejarawan dari Perancis. Matanya terpaku pada artikel itu kerana sejarawan yang diceritakan adalah orang Perancis yang ditemuinya itu. Meneballah kekagumannya terhadap orang Perancis itu.

Begitu juga apa yang dirasakannya dengan orang tua tadi. Dia tertanya-tanya dan memungkinkan pelbagai perkara. Siapakah orang tua itu? Apa mungkin dia seorang ahli bahasa kerana tutur katanya begitu tersusun sekali. Mungkin juga dia seorang yang berjawatan tinggi. Doktor? Profesor? Semua itu tidaklah dia ketahui. Hanya boleh bersangka-sangka sahaja.

“Semoga dia diberi petunjuk-Nya.” dia bersuara perlahan menyatakan harapannya.

“Amin.” isterinya mengaminkan.

Bayang orang tua berkulit putih tadi sudah hilang di penghujung jalan.

“Ayah! Jom main piano!” jerit si kecil mematikan lamunan ibu bapanya.

“Nabil nak lagu apa? Heeyaahh!!” si ayah bertanya sambil mula mendukung anaknya.

“Nabil nak lagu Pink Panther!”

“Uittt?! Hahaha!”

Pemandangan pagi itu diceriakan lagi dengan kebahagiaan keluarga ini. Sang langit nampaknya sudah selesai menghilangkan sisa kelamnya. Sang matahari pula semakin bangga mengeluarkan haba dan benderangnya. Kabut tebal masih terus-terusan berarak sabar. Sang burung tadi pula sudah tidak kelihatan. Mungkin ia sedang mencari ranting di kawasan lain atau mungkin sahaja dia mencari makanan buat seketika. Terbanglah bebas hai sang burung. Semoga dirimu dan anak-anakmu tidak menjadi mangsa kurungan sangkar dan tembakan manusia bermata tamak.

Di suatu sudut pemandangan itu, terlihat kelibat seseorang yang dari tadi asyik memerhatikan segala-galanya. Sebelum mulanya melodi piano yang memecah sunyi ruang angkasa itu lagi dia sudah berada di situ. Dialah yang telah menyaksikan setiap babak yang berlaku. Kebahagiaan alam dan kebahagiaan manusia telah disimpannya menjadi kenangan. Tiba-tiba mutiara jernih dari matanya gugur tidak semena-mena. Perasaan sebak yang berkumpul di dalam hatinya tidak tertahan-tahan lagi beratnya. Dia menangis seorang diri tanpa ada yang mendengari. Pengalaman lalu telah membuatnya jadi begitu.

Terasa cemburu dia pada sang langit, sang matahari, sang kabut dan sang burung. Masing-masing melaksanakan tugas yang mulia dan memberi bakti buat sekalian alam. Sedangkan dia, bila melihat dirinya sendiri, betapa banyak dosa yang telah dikumpulnya. Kemudian dilemparkannya pada alam ini dengan penuh kebencian. Sungguh air mata yang terbit dari hatinya waktu itu benar-benar menyentuh naluri kehidupannya. Dia terasa seperti ada sesuatu yang sedang membisikkan kata-kata cinta kepadanya.

Jiwanya terpegun. Hebatnya alam ini berbicara cinta.

Dia mula berekspresi.

Sendiri menyepi..

Tenggelam dalam renungan..

Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan..


Perlahan ku cari..

Mengapa diriku hampa?

Mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi..


Oh Tuhan aku merasa..

Sendiri menyepi..

Ingin ku menangis, menyesali diri,

mengapa terjadi?

Sampai kapan ku begini?

Resah tak bertepi..


Kembalikan aku pada cahaya-Mu,

yang sempat menyala..

Benderang di hidupku..

-edCoustic-


No comments:

Post a Comment

Perlukan kritikan...
Cadangan penambahbaikan...
Idea dan lontaran pendapat...
Terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...