Wednesday 16 January 2013

Bila semua mahu "Listen! Listen! Listen!"

Ruang-ruang media dikuasai fenomena "listen" walau siaran langsungnya sudah berlalu selama sebulan. Ruang-ruang komen pula diterjah dengan perkataan sama, "Listen! Listen! Listen!"


Apa sebenarnya di sebalik perkataan ini?

Perkataan yang sama tetapi mempunyai maksud berlainan bagi setiap yang melontarkannya. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Itu lumrah.

When I Speak, Listen!

Bila mahasiswa ditarik hak kebebasan bersuara, kita mara.
Bila maruah tidak dibela, kita tidak rela.
Daripada situ, kita membuka mata.

Melihat kebodohan yang ditanggung mahasiswa selama ini dalam konteks pendidikan. Betapa Miss Bawani begitu berani keluar daripada kepompong ketakutan mahasiswa yang selama ini takut jawatan dilucutkan, dibuang universiti dan pelbagai ancaman lain demi menegakkan hujah pendidikan percuma. Hanya satu tuntutan; beri pendidikan percuma!

Perlu lebih bersedia

Saya cuba mencari punca daripada provokasi ini. Apa yang dikesalkan adalah sambutan daripada Presiden Suara Wanita, Puan Sharifah Zohra yang kurang bersedia dalam menyediakan hujah bagi membalas kemungkinan hujah dan kenyataan daripada pelajar.

Mungkin Puan Sharifah Zohra selepas ini perlu lebih bersedia lebih-lebih lagi dalam forum politik seperti ini yang menyentuh sensitiviti kumpulan dan individu. Pangkat dan usia tidak mengukur kematangan kita dalam berbicara namun faktalah sebenarnya yang menjadi pengukur. Hujah Puan Sharifah lebih kepada 'meyakinkan' dan ini menyebabkan hujahnya lari daripada pertanyaan Miss Bawani yang telah sedia membentangkan idea berkenaan bajet pendidikan.

Pernyataan yang dikeluarkan seperti "You must understand about democracy, you must understand about..." sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah. Ditambah pula dengan perumpamaan yang mengaitkan binatang melemahkan lagi hujah yang ingin ditegakkan. Sepatutnya, pernyataan Miss Bawani  dijawab juga berdasarkan fakta lalu masalah provokasi yang serius mungkin dapat dikurangkan selain membenarkan beliau menghabiskan percakapannya.

Namun, hujah Miss Bawani juga tidak ketinggalan untuk kita telitikan. Fakta sahaja tidak memungkinkan dia berada di pihak yang benar. Kita terasa semangatnya tetapi ia bukanlah sebab untuk kita terus berhenti mengkaji lalu mengambil faktanya secara bulat-bulat. Nilailah secara adil supaya agenda politik tidak terlindung di sebaliknya meskipun forum ini terkandung perkataan politik.

Pembulian Sosial

Tidak sampai seminggu, topik ini hangat di alam maya. Muncullah juga komen-komen daripada pengguna alam maya ini yang kebanyakannya juga belia.

Kita tahu darah muda panas tetapi itu bukanlah tiket untuk kita menjadi pembuli sosial terhadap orang yang tidak kita sukai. Kita tahu setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Berilah kritikan matang dan mantap demi menambah baik segala kekurangan. Elakkan perkataan-perkataan yang menyakitkan hati bukan sahaja terhadap Sharifah Zohra tetapi kepada semua pelajar UUM. 

Sebagai pengakhiran, nak tambah pesanan ustaz Hasrizal supaya boleh kita sama-sama kita renungkan..

Jangan sedih, namun jangan pula membiarkan diri kekal memilih 'selemah-lemah' iman, sebab yang dizalimi itu adalah Bavani yang bertindak bukan dengan perintah al-Quran, tetapi oleh instinct beliau yang mahu menegakkan kebenaran.

Maka bagi pelajar Muslim yang berinspirasikan al-Quran, harus lebih teguh pendiriannya daripada beliau. Ambil masa, namun jangan terlalu lama.

Teruskan perjuangan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...