Wednesday 6 February 2013

Buku dan Baucer.

Assalamualaikum..

Seronok rasanya dapat baucer buku. Saya rasakan pemberian baucer buku ini adalah salah satu langkah yang baik oleh kerajaan bagi melahirkan generasi yang berintelek.

Orang-orang di barat, mereka membeli buku bersilih ganti. Begitu juga dengan Jepun. Jika dibandingkan pula dengan masyarakat Malaysia, kita lebih suka bertukar-tukar handphone, ipad dan sebagainya. Bukan menafikan kemajuan, tetapi perlu kita lihat kemajuan yang dimiliki handphone dan ipad lebih cenderung untuk manusia berbuat apa?

Kita lihat pula program anugerah nilam yang dianjurkan oleh pihak sekolah saban tahun. Berapa ramaikah pelajar yang menyertainya? Apakah ia benar-benar berkesan dalam memupuk minat membaca?

Sepatutnya, pelajar-pelajar sekolah perlu didedahkan dengan cara membaca. Pihak sekolah juga boleh menggunakan kaedah tahap demi tahap. Contohnya, bermula dengan pelajar darjah satu, mereka perlu didedahkan dengan buku-buku cerita bergambar bagi menarik minat mereka terhadap buku. Bila masuk pula darjah tiga, mereka mungkin boleh didedahkan pula dengan buku-buku novel ilmiah yang masih menggunakan pendekatan bahasa yang mudah difahami. Masuk tingkatan satu pula, pelajar-pelajar semakin matang dalam menilai. Kita boleh berikan mereka buku-buku motivasi dan pembangunan diri. Begitulah contohnya.

Ada orang minat novel. Mereka beli novel. Tak salah kalau kita minat novel tapi bagi saya, kita juga perlu membaca buku-buku ilmiah. Buku-buku ilmiah ini yang mempercepatkan daya fikir otak kita sebenarnya.

Berikut saya senaraikan buku-buku yang dah saya beli sekaligus saya 'suggest'kan kepada anda semua untuk membelinya. Selamat membeli-belah buku!







Buku ni pun beli juga sebab nak cukupkan baucer..hehe..

Buku-buku yang saya beli ini berdasarkan kecenderungan saya kepada pendekatannya. Apapun, saya masih lagi mencari buku yang berkaitan dengan wanita. Saya sudah cari tapi saya ragu dengan kesahihan maklumat yang ditulis dalam kebanyakan buku berkenaan wanita. Jadi, sesiapa yang boleh 'suggest'kan, tolong 'suggest'kan ya?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...