Sunday, 24 August 2014

Tiga



Pagi yang bening itu merupakan hari pertama Nabil masuk tadika. Khairuddin dan Haslina awal-awal lagi sudah menjenguk tadika-tadika di sekitar taman perumahan mereka. Aspek kebersihan, cara pembelajaran dan psikologi kanak-kanak dititikberatkan. Puas mereka menjenguk namun kelihatannya tadika paling jauh daripada rumah mereka juga menjadi pilihan. Khairuddin tidak kisah menghantar Nabil jauh-jauh setiap pagi asalkan anaknya mendapat suasana yang baik sepanjang tempoh pembelajaran. 

Usai menyediakan sarapan, Haslina perlu segera keluar mendapatkan bas untuk ke tempat kerjanya. Dia bukannya tidak boleh memandu kereta ke tempat kerja tetapi bila dikira-kira semula bajet antara kereta dan bas, kenderaan yang lebih berbaloi untuk dia naiki adalah bas. 
Haslina rasa kesal kerana tidak dapat menghantar Nabil ke tadika buat pertama kali. Ada pula hal yang menghalangnya pagi itu di pejabat. 

Haslina melutut di hadapan anaknya, Nabil. Dia memberi kata-kata perangsang kepada Nabil yang akan memulakan pembelajarannya.

“Nabil sayang. Pergi sekolah nanti baik-baik ya. Cari kawan yang baik. Dengan cikgu pun berbaik-baik. Dengar arahan cikgu. Nabil boleh buat kan?”

“Ya ibu. Nabil takkan nakal-nakal dekat sekolah. Nanti cikgu marah, Allah pun murka kan ibu?”

Petah Nabil berkata-kata.

Haslina memeluk Nabil erat-erat.

“Ya sayang. Siapa yang hebat dekat sini?” 

“Saya!!!” Jawab Nabil penuh semangat.

Haslina ketawa. Khairuddin pula tersenyum.

Tiba masanya pula Haslina bersalam dengan suaminya. Entah mengapa genggaman tangan antara dia dan suaminya kali ini terasa berlainan sekali daripada selalu.

“Jaga diri baik-baik ya bang.”

“Insya Allah. Ina pun hati-hati juga ya.”

Dari jauh, Haslina melambai ke arah Khairuddin dan Nabil. Pandangannya terhadap dua orang insan itu terasa hiba dan sayu pula. Haslina menutup perasaannya. Dia mempercepatkan langkah. Khuatir pula jika tertinggal bas nanti. 

Khairuddin sudah siap sedia memanaskan enjin. Beberapa ketika kemudian, memecutlah kereta Honda Accord milik Khairuddin menuju ke destinasinya. Tiba-tiba, dia terlupa akan sesuatu. Dia terlupa mengambil duit di dalam laci yang disediakan pada malam sebelumnya untuk membayar yuran tadika Nabil. Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan. Berlari-lari anak dia menuju ke mesin ATM yang berhampiran kerana masa telah suntuk. 
Tanpa disedari, ada mata yang memerhati. 

Sekembalinya Khairuddin ke keretanya, terkejut besar dia apabila mendapati Nabil sudah tiada di dalam kereta. 

“Ya Allah! Apa sudah jadi???”

Dilihatnya ke kiri dan kanan jalan. Curiga dia akan sebuah MPV bercermin hitam yang sedang memecut laju. Khairuddin tidak membuang masa. Ditekannya pedal minyak kuat-kuat dan diekorinya MPV itu. Mujur sahaja berlaku sedikit perlahan gerakan kereta akibat kereta yang masuk ke simpang jalan.

Berdebar-debar hati Khairuddin bila mengekori MPV itu. Tiba-tiba dia terlihat kelibat tangan terkapai-kapai daripada cermin tingkap gelap MPV. Tersentak Khairuddin bila mendapati di pergelangan tangan kecil itu terikat akan seutas jam yang sangat dikenalinya. Jam itu milik Nabil!

“Siapa yang ambil anak aku???!!!” Tidak semena-mena Khairuddin menjerit dalam kereta yang dipandunya laju itu.

Tanpa berlengah, Khairuddin cuba mendapatkan bantuan. Dia mencapai telefon bimbitnya. Ditekannya nombor 999.

Di dalam MPV bernama Alphard itu pula, sang penjahat sudah perasan kehadiran Khairuddin di belakang mereka. Dilihatnya Khairuddin sedang memegang telefon bimbit seperti ingin mendapatkan bantuan.

“CELAKAAAA!!!!!” Teriak sang penjahat lalu mencapai pistolnya yang sarat dengan peluru.

BANNNGGGG!!!!!!

Kedengaran bunyi cermin pecah. Cermin hitam MPV Alphard retak dengan lubang di antaranya. Cermin kereta Honda Accord di belakangnya juga mengalami nasib sama. Peluru itu bukan calang-calang dilepaskan.

“HAHHHHH!!!!”

“AAAHHHHHHHH!!!!”

Jeritan perit, ngilu. Sakit yang amat. Kedengaran pemandu di dalam kereta Honda Accord berteriak. Tembakan tepat pada sasaran. Disebabkan tangannya sudah ditembusi peluru, si pemandu gagal mengawal stereng lalu bertembung dengan sebuah kereta yang keluar daripada simpang yang sedang memecut laju.

"AYAAAHHHH!!!! AYAAAHHHHH!!!!"

Dari dalam MPV, seorang anak menjerit, merintih dia bila menyaksikan kejadian di hadapannya. Ia orang yang sangat dia sayangi. Ayahnya. Penawar hatinya. Cahaya hidupnya.

Pilu hatinya. Terasa ditikam-tikam perasaannya. Hiba hatinya tidak dapat dibendung lagi lalu terbitlah air matanya. Sakit! 

KREEEETTTTT!!!!!!!

Bunyi brek memecah sunyi. Tiba-tiba..

GANNNNNNGGG!!!!!!

Dentuman itu kuat sekali. Bersepaian kaca. Bertaburan ia ke atas jalan. Bunyi remuk besi kedengaran pantas dan ngilu.

Dentuman dan pertemuan yang kuat itu memantul dan menolak kedua-dua kereta. Honda Accord yang cedera berpusing ke tengah jalan sebelum melanggar divider.

GANNNGGGGG!!!!

Sekali lagi bunyi dentuman. Tapi dentuman kali ini memberhentikan semuanya.

Dalam suasana kaku itu, kelihatan darah menitik-nitik daripada bawah pintu Honda Accord. Makin lama makin banyak. Mengalir lesu ia ke atas permukaan jalan. 

Keadaan hening seketika. Sepi.

Kemudian, terdengar suara daripada jasad yang menunggu masa dicabut nyawa.

“Iii….Iiiinaaa…” rintih suara daripada jasadnya.

“Abang!? Kenapa??”

“D..ddengggarr Iiinnaa. A..a..abang nak caakap seesuuaatu padaa Iiinaa.”

 “A..a..bang sayaangg Iiinaa dan Naabiill.. Ttaa..Taapii.. Re..relaakan pemergiiaann abang ya…”

“Abang!!”

“Alllaaahhh akaaann meennjaagaa kaliaann.. Re..laakaann aabaanngg yaa Iiinaa..”

“Abang! Kalau benar ini masanya kita berpisah, Ina mohon ampun daripada Abang! Ina rela jika ini takdir-Nya..” mengalir air mata di pipinya. Dia sudah pasrah!

“Teerriimaa kaasiihh Iiina.. Aaabaangg baahagiiaa hiiduupp dengaann Iiinaa.. Aabaangg juugaa minnta ammpun padaa Iiinaa…Jaagaaa Naabiill yaa saayaa..ngg...See…laa..maa..tt..tiingg..gaalll…”

“Abangg!!”

Senyap.

“Abangg!!!”

Senyap lagi. 

Tiada apa yang boleh diharapkan lagi daripada jasad yang sudah tidak bernyawa. Terputus sudah hubungan antara dirinya dengan dunia ini. Tiada apa yang kedengaran lagi melainkan bait-bait sayu di corong radio yang masih terpasang. Seolah-olah menangisi kejadian ini.

Andainya kau pergi..
Gugurlah bunga cinta...
Terpadam mentari..
Yang menyinar oh..oohh..ooohh..

Pulanglah oh sayang..
Kau ku nanti penuh pasti..
Rintihan kecundang..
Untukmu oh sayang..

Pulanglah sayang..ohh..ohh..
Pulanglah sayang…

(Gugurnya Bunga Cinta – Laksamana)

Pulanglah sayang..

Pulanglah pada Pencipta kita.
Nantikan ku di sana.. 
Sesungguhnya..
Aku telah rela..

No comments:

Post a Comment

Perlukan kritikan...
Cadangan penambahbaikan...
Idea dan lontaran pendapat...
Terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...