Hari-hari keluarga Haslina berlalu dengan
baik. Nabil juga semakin hari semakin membesar seiringnya pantas masa berlalu.
Umur 2 tahun dia sudah semakin petah berkata-kata. Namun, Haslina dan
Khairuddin bijak menangani pertuturan Nabil di awal usia. Apabila Nabil kerap
menyebut perkataan dengan pelatnya, Haslina atau Khairuddin akan memberi
perhatian terhadap masalah tersebut. Dia cuba membiasakan Nabil bertutur dengan
bahasa yang betul supaya lancar bahasanya dalam pertuturan apabila dewasa
kelak. Begitulah sekecil-kecil masalah diberi perhatian oleh mereka berdua.
Hasrat mereka untuk melihat Nabil membesar
menjadi seorang pejuang begitu tinggi sekali. Kaedah didikan Sultan Salahuddin
Al-Ayyubi dijadikan sebagai blue print. Mereka tidak mahu hangat-hangat
tahi ayam bila mendidik anak. Meskipun Haslina sibuk dengan tugasnya sebagai
akauntan di Bank RHB dan Khairuddin pula sibuk dengan urusan bisnesnya, mereka
tetap cuba memberi kasih sayang terbaik buat anak mereka. Waktu selepas bekerja
tidak disia-siakan walaupun berbaki sedikit lagi masa sebelum tidur. Masa yang
berbaki seboleh-bolehnya diisikan dengan bermain bersama anak mereka dan
bercerita kisah-kisah yang memberi inspirasi.
Jualan kereta Khairuddin di syarikatnya
semakin berkembang juga. Tapi Khairuddin sangat bijak membahagikan masa.
Peluang cuti di hujung minggu pasti direbutnya dengan membawa keluarganya
berjalan-jalan ke pantai, taman rekreasi dan tempat pelancongan yang indah dan
boleh memberi pelajaran.
Masuk umur 4 tahun, Nabil semakin bijak meneroka. Dia juga sudah mula pandai membaca buku. Walaupun hidup dalam arus moden, Nabil lebih dibiasakan untuk berinteraksi dengan alam dan melakukan kerja-kerja yang melibatkan fizikal. Jarang sekali Khairuddin atau Haslina memberi smart phone atau tab mereka kepada Nabil. Kalau pun Nabil meminati satu-satu permainan di dalam gajet, mereka akan mengalih perhatian Nabil untuk melakukan aktiviti fizikal seperti melukis dan membuat kerja-kerja seni.
No comments:
Post a Comment
Perlukan kritikan...
Cadangan penambahbaikan...
Idea dan lontaran pendapat...
Terima kasih :)