Mahu ke mana..
Mahu ke mana...
Arahku kabur
Hati ingin lari
Apa kau takut
Sejarah hitam gelap
Lari ke mana..
Lari ke mana...
Aku tak peduli
Manapun aku pergi
Sejarah tak aku lupai
Butterworth ke Georgetown
Jaraknya singkat
Ah aku peduli apa!
Sejarahku tak ada di sini
Yang ada sejarah Prince of Wales
Pelabuhan kebanggaan
Kaum-kaum di sini
Apa yang ada
Di balik perjalanan itu
Hingga aku sampai
ke Pantai Miami
Melihat sejarah setahun lalu
Aku di sini
Bersama mereka
Sejarah ku ingati
Waktu itu
Black Pearl belum wujud
Pelayar-pelayar itu masih di darat
Di darat, mereka diserang
Busur panah pelayar lautan
Mengenai mereka
Tetapi tidak selalu
Black Pearl dibina
Melawan balik serangan
Awalnya serangan ditepis
Lama-lama perisai menipis
Pelayar itu pulang ke daratan
Cuma mampu memandang lautan
Bukan menyerah kalah
Cuma memandang sejarah
Bukan lari
Tapi mendalami realiti
Apalah yang ada pada tinggalan sejarah
Jika ia sekadar peristiwa tanpa makna
Ku kutip makna sebagai ibrah
Buat bekalan
Moga ia benar-benar berguna
Sunday, 19 January 2014
Thursday, 9 January 2014
Sapere Aude ! (IV)
Cuti mid sem hari itu saya berbual-bual dengan mak dan mak cik saya tentang masalah disiplin sekolah. Mak dan mak cik tidak menggunakan bahasa yang tinggi tetapi cukuplah saya memahami keadaan yang berlaku pada pelajar sekolah terutama anak-anak remaja sekarang.
Antara isi perbualan kami ialah kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak yang duduk dalam kelas corot. Masalah disiplin pelajar terlalu meruncing. Pernah satu kali, anak mak cik saya ini menunggu bas untuk ke sekolah. Sebelum bas sekolah sampai, sebuah bas awam yang menghala ke Kuala Lumpur melalui kawasan itu. Kawan-kawan anak mak cik saya ini bukannya menunggu bas sekolah lagi tetapi bersama pasangan masing-masing, mereka menaiki bas awam tersebut dan terus pergi ke Kuala Lumpur. Apa yang dibuat di Kuala Lumpur yang pastinya mereka bukan pergi perpustakaan negara atau berjalan-jalan mendapatkan orang gelandangan untuk diberi bantuan tetapi mereka menghabiskan masa di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur.
Itu baru satu cerita. Cerita yang lain pula, ada seorang anak murid dengan beraninya membuat pengakuan pada gurunya. Anak murid itu menyatakan bahawa di dalam kelasnya sekarang, budak perempuan yang masih ada dara boleh dikira dengan jari. Guru itu pula pernah melihat sarang 'projek' anak muridnya melakukan maksiat di dalam kelas. Apakah kita tahu semua ini? Ini baru cerita yang saya dengar daripada mak dan mak cik saya yang merangkumi sekolah-sekolah dalam daerah kami. Belum lagi cerita sekolah-sekolah daripada satu Malaysia ini.
Mereka yang sudah terbiasa memasuki kelas pandai mungkin tidak pernah merasa atau mungkin juga pernah merasai situasi begini. Mereka yang duduk dalam kelas corot mungkin sudah terbiasa. Saya cuma ingin membawa kehidupan pada dimensi yang lain yang mungkin agak rare pada pandangan kita.
Anak-anak yang pandai terus menjadi pandai. Anak-anak yang bodoh terus dibiarkan menjadi bodoh. Beginikah sistem pendidikan mengajar kita? Jika kita ingin tahu sistem pendidikan kita sekarang ini benar-benar berjaya ataupun tidak, lihatlah fungsinya pada kehidupan manusia sekarang dan apa yang terjadi pada alam ini. Apakah dengan pendidikan sekarang, orang menjadi semakin pandai menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi ini? Jika pendidikan hari ini berjaya, mengapakah lapisan ozon kita dari hari ke hari semakin menipis? Ais-ais di bahagian kutub pula makin mencair? Bagaimana keadaan ekonomi kita dan kaitannya dengan jenayah yang semakin berleluasa? Jurang antara orang atasan dan orang miskin pula? Apa yang boleh dikata? Jadi, adakah pendidikan kita hari ini sudah mencapai misinya ataupun kita tidak pernah terfikir pun misi pendidikan yang sebenarnya tetapi cuma menganggap pendidikan sebagai kayu ukur untuk mendapat gaji yang banyak?
Hari-hari kita juga masih dipenuhi oleh kesia-siaan. Tidak kira saintis, jurutera, doktor, arkitek, juruteknik, pereka cipta dan lain-lain lagi jawatan yang berkaitan teknologi dan golongan profesional khususnya, perbincangan sehari-harian seolah-olah berputar isu bombastik. Bila berputar isu Syiah, semua berlagak pandai mahu ulas itu dan ini. Bila timbul isu Comango, liberal pula, sibuk sesatkan orang sana sini dengan hujah yang cetek. Bila orang suruh buat pembentangan tentang isu itu, jadi bacul dan penakut. Cuma harapkan ustaz-ustaz yang dijemput khas. Ke mana hala tuju kita sebenarnya?
Wacana-wacana kita kelihatan tidak seimbang. Negara luar sedang mempersiapkan senjata nuklear mereka dan teknologi coding. Hackers mereka semakin ramai. Kemudian, bila mereka menyerang negara Islam, kita meradang. Bila mereka berhenti serang, kita teruskan lagi perbalahan sesama kita. Hari-hari kita menanti bilalah model Ipad sekian sekian akan keluar. Model daripada Jepun dan Korea selalu kita harapkan tetapi kita masih kurang usaha menyiapkan dan mencipta model kita sendiri yang boleh menjadi kebanggaan kita pula pada orang-orang Korea dan Jepun.
Jika kita sibuk-sibuk mahu mengubah orang dewasa yang sudah keras kepala dan hati batu itu, mengapa kita tidak ambil pendekatan mengubah daripada bawah pula? Isu pendidikan jarang mahu ambil tahu sedangkan generasi bawah semakin hari semakin menuju kehancuran.
Kita tidak ada masa lagi untuk berkata, "Bukan semua orang berfikir seperti kamu." Jika itu yang dikata, jadi apa usaha yang kita lakukan? Duduk diam dalam bilik dan terus berfikir sendirian?
Mungkin kelihatan agak emosi di sini tetapi ia adalah apa yang terlintas di benak fikiran saya sendiri. Wacana-wacana intelektual kita sangat kurang lalu kita cuma mengharapkan barat untuk terus mengeluarkan idea dan produk-produk baru. Kita juga sangat kurang menulis dan membuat kajian perihal sains dan apakah kita masih boleh berbangga lagi dengan sistem pendidikan kita sekarang? Persoalan-persoalan ini sengaja saya tinggalkan agar kita terus berfikir dan berfikir. Mungkin isu pendidikan agak rare kerana jarang dibincangkan di pentas-pentas popular. Sama ada dalam motivasi pagi, Reset Minda hatta Pencetus Ummah (tak ada niat nak burukkan) sekalipun mungkin kita tidak pernah mendengarnya.
Begitulah tujuan 'Sapere Aude' ini ditulis. Untuk mempersoalkan kembali apa-apa yang telah tersedia dan semoga ia tidak terhenti menjadi sekadar persoalan sahaja.
"Apalah guna sekolah-sekolah didirikan jika tidak mengajar yang mana salah yang mana betul."
-Pramoedya Ananta Toer
Antara isi perbualan kami ialah kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak yang duduk dalam kelas corot. Masalah disiplin pelajar terlalu meruncing. Pernah satu kali, anak mak cik saya ini menunggu bas untuk ke sekolah. Sebelum bas sekolah sampai, sebuah bas awam yang menghala ke Kuala Lumpur melalui kawasan itu. Kawan-kawan anak mak cik saya ini bukannya menunggu bas sekolah lagi tetapi bersama pasangan masing-masing, mereka menaiki bas awam tersebut dan terus pergi ke Kuala Lumpur. Apa yang dibuat di Kuala Lumpur yang pastinya mereka bukan pergi perpustakaan negara atau berjalan-jalan mendapatkan orang gelandangan untuk diberi bantuan tetapi mereka menghabiskan masa di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur.
Itu baru satu cerita. Cerita yang lain pula, ada seorang anak murid dengan beraninya membuat pengakuan pada gurunya. Anak murid itu menyatakan bahawa di dalam kelasnya sekarang, budak perempuan yang masih ada dara boleh dikira dengan jari. Guru itu pula pernah melihat sarang 'projek' anak muridnya melakukan maksiat di dalam kelas. Apakah kita tahu semua ini? Ini baru cerita yang saya dengar daripada mak dan mak cik saya yang merangkumi sekolah-sekolah dalam daerah kami. Belum lagi cerita sekolah-sekolah daripada satu Malaysia ini.
Mereka yang sudah terbiasa memasuki kelas pandai mungkin tidak pernah merasa atau mungkin juga pernah merasai situasi begini. Mereka yang duduk dalam kelas corot mungkin sudah terbiasa. Saya cuma ingin membawa kehidupan pada dimensi yang lain yang mungkin agak rare pada pandangan kita.
Anak-anak yang pandai terus menjadi pandai. Anak-anak yang bodoh terus dibiarkan menjadi bodoh. Beginikah sistem pendidikan mengajar kita? Jika kita ingin tahu sistem pendidikan kita sekarang ini benar-benar berjaya ataupun tidak, lihatlah fungsinya pada kehidupan manusia sekarang dan apa yang terjadi pada alam ini. Apakah dengan pendidikan sekarang, orang menjadi semakin pandai menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi ini? Jika pendidikan hari ini berjaya, mengapakah lapisan ozon kita dari hari ke hari semakin menipis? Ais-ais di bahagian kutub pula makin mencair? Bagaimana keadaan ekonomi kita dan kaitannya dengan jenayah yang semakin berleluasa? Jurang antara orang atasan dan orang miskin pula? Apa yang boleh dikata? Jadi, adakah pendidikan kita hari ini sudah mencapai misinya ataupun kita tidak pernah terfikir pun misi pendidikan yang sebenarnya tetapi cuma menganggap pendidikan sebagai kayu ukur untuk mendapat gaji yang banyak?
Jurang golongan miskin dan kaya makin melebar |
Wacana-wacana kita kelihatan tidak seimbang. Negara luar sedang mempersiapkan senjata nuklear mereka dan teknologi coding. Hackers mereka semakin ramai. Kemudian, bila mereka menyerang negara Islam, kita meradang. Bila mereka berhenti serang, kita teruskan lagi perbalahan sesama kita. Hari-hari kita menanti bilalah model Ipad sekian sekian akan keluar. Model daripada Jepun dan Korea selalu kita harapkan tetapi kita masih kurang usaha menyiapkan dan mencipta model kita sendiri yang boleh menjadi kebanggaan kita pula pada orang-orang Korea dan Jepun.
"What Most Schools Don't Teach"
Jika kita sibuk-sibuk mahu mengubah orang dewasa yang sudah keras kepala dan hati batu itu, mengapa kita tidak ambil pendekatan mengubah daripada bawah pula? Isu pendidikan jarang mahu ambil tahu sedangkan generasi bawah semakin hari semakin menuju kehancuran.
Kita tidak ada masa lagi untuk berkata, "Bukan semua orang berfikir seperti kamu." Jika itu yang dikata, jadi apa usaha yang kita lakukan? Duduk diam dalam bilik dan terus berfikir sendirian?
Mungkin kelihatan agak emosi di sini tetapi ia adalah apa yang terlintas di benak fikiran saya sendiri. Wacana-wacana intelektual kita sangat kurang lalu kita cuma mengharapkan barat untuk terus mengeluarkan idea dan produk-produk baru. Kita juga sangat kurang menulis dan membuat kajian perihal sains dan apakah kita masih boleh berbangga lagi dengan sistem pendidikan kita sekarang? Persoalan-persoalan ini sengaja saya tinggalkan agar kita terus berfikir dan berfikir. Mungkin isu pendidikan agak rare kerana jarang dibincangkan di pentas-pentas popular. Sama ada dalam motivasi pagi, Reset Minda hatta Pencetus Ummah (tak ada niat nak burukkan) sekalipun mungkin kita tidak pernah mendengarnya.
..........
..........
"Apalah guna sekolah-sekolah didirikan jika tidak mengajar yang mana salah yang mana betul."
-Pramoedya Ananta Toer
Friday, 3 January 2014
Kepentingan Seni dan Sastera dalam Pendidikan
Seni dan sastera tidak boleh dinafikan keberadaannya dalam masyarakat
kita. Tanpa seni dan sastera, akan berlaku kegagalan dalam mempengaruhi
keinginan manusia terhadap sesuatu. Contohnya, dalam bidang promosi dan
pengiklanan, seni untuk membuat poster amatlah penting untuk
mempromosikan sesuatu. Pemilihan warna yang bersesuaian mempengaruhi
pandangan orang terhadap apa yang dipromosikan.
Selalunya,
warna-warna yang kelihatan 'elite' digunakan untuk menarik perhatian.
Ini kerana didapati warna 'elite' lebih banyak pengaruhnya pada
pandangan manusia berbanding warna yang kelihatan 'papa'. Warna 'elite'
adalah warna-warna garang dan terang serta boleh menarik perhatian.
Lihat sahaja warna-warna logo syarikat terkemuka seperti McDonalds dan
KFC yang menggunakan warna merah. Warna 'papa' pula adalah warna-warna
yang cair. Itu antara salah satu perkara yang dinilai dalam seni. Banyak
lagi yang perlu diambilkira seperti pemilihan bentuk dan penerimaan
sesuatu imej terhadap keperluan semasa.
Seni menggambarkan identiti sesebuah masyarakat |
Pokoknya, penglibatan
seni terhadap sesuatu perkara adalah penting. Kebiasaannya, hanya orang
seni yang faham bagaimana untuk menarik orang kepada seni mereka. Oleh
itu, jika didapati penghasilan seni yang kita lakukan tidak mendapat
sambutan dan perhatian, silalah dapatkan bantuan orang-orang seni untuk
memperbaiki seni kita. Elakkan daripada menggunakan kefahaman seni
sendiri walaupun sudah perasan ia tidak mendapat sambutan. Belajarlah
daripada orang seni. Nescaya kita juga akan faham dengan seni.
Saya percaya seni akan terhasil daripada ketekunan dan ketelitian.
Nampak ianya seperti keperluan yang sama untuk bidang-bidang yang lain
juga tetapi apa yang cuba saya maksudkan di sini adalah ada orang tekun
dan teliti bila melukis dan ada orang tekun dan teliti apabila mengira.
Begitulah perbezaannya.
Kecantikan dan keindahan seni tak akan
terhasil dengan usaha yang sambil lewa. Individu yang merasakan mereka
tidak ada bakat dalam seni perlu menipiskan ego mereka. Terima hakikat
bahawa seni yang dihasilkan tidak diterima. Jangan perlekehkan peranan
orang seni disebabkan mereka mencebur diri dalam bidang seni yang
seolah-olahnya tidak membawa kemajuan kepada negara berbanding bidang
sains.
Kerana itu, bidang sains dan sastera kedua-duanya
memberi kebaikan dalam kehidupan manusia. Memandang rendah bidang
sastera menampakkan ketidakfahaman terhadap hakikat kehidupan yang
sebenar. Walhal jika seseorang manusia itu hanya melibatkan dirinya ke
dalam bidang sains dan teknologi sahaja, kemungkinan mereka akan menjadi
manusia robot yang tidak faham erti kemanusiaan.
Realiti yang
berlaku dalam sistem pendidikan sekarang, pelajar-pelajar lepasan PMR
yang mendapat keputusan cemerlang digalakkan atau dipaksa oleh ibu bapa
dan guru-guru mereka untuk mengambil bidang sains walaupun hakikatnya
pelajar tersebut lebih cenderung minatnya ke arah sastera. Kelas sastera
diletakkan sebagai kelas bawah dan jarang sekali diangkat menjadi kelas
atas dalam sesebuah sekolah. Yang cerdik disuruh ambil bidang sains
dengan alasan untuk menaikkan ranking sekolah. Jika kekal persepsi
sebegini, sampai bila-bila tahap sastera dan seni tidak meningkat.
Sebab itu, jangan terlalu salahkan industri seni kita yang
terkebelakang berbanding negara-negara lain. Orang-orang seni pula
terpaksa menagih simpati orang untuk menonton filem mereka tetapi
panggung wayang tetap kelihatan kosong. Padahal awal-awal lagi di
peringkat sekolah, tidak pernah diberi galakan kepada pelajar cemerlang
yang meminati seni dan sastera untuk masuk ke dalam bidang tersebut.
Kita pun merungut bilalah industri filem kita mahu maju dan
terus-terusan memaksa orang untuk menyokong industri seni tempatan.
Kita juga tak habis-habis merungut akan sikap artis-artis kita sekarang
yang sangat sosial, banyak bergosip, tergedik-gedik, banyak buat
maksiat, suka buat lawak bodoh dan sebagainya sedangkan kita tidak
menanganinya sejak zaman persekolahan lagi. Industri seni kita juga
dikatakan terlalu banyak membawa pengaruh negatif kepada generasi muda.
Dan kita terus menyalahkan orang seni sedangkan kedudukan mereka
diketepikan sejak zaman persekolahan. Orang-orang cerdik dan berakal
sahaja yang diletakkan dalam bidang sains manakala orang-orang yang
kurang cerdik diletakkan dalam bidang sastera. Kerana itu, jurang antara
bidang sains dan sastera perlu dikecilkan supaya tidak berlaku
pengasingan kelas sosial yang begitu ketara. Pendidikan adalah
segala-galanya dalam merubah nasib sesebuah negara.
Labels:
pendidikan,
sastera,
seni
Krisis Seni Bina Malaysia: Suatu Pengenalan
Menjelang
tahun baru 2014, krisis kenaikan harga barang menjadi suatu fenomena terhadap rakyat
Malaysia terutama rakyat yang berpendapatan rendah. Mereka yang berada di
bandar, mempunyai kemudahan mengakses internet menunjukkan protes di laman
sosial tidak kurang juga membuat suasana di Dataran Merdeka menjadi kecoh lalu konsert ambang merdeka yang diadakan terpaksa dibatalkan. Begitulah yang terjadi
di bandar. Lain pula halnya di luar bandar terutama yang tinggal di pedalaman di
mana penduduk tidak tahu apa-apa kerana masih belum mendapat kemudahan akses
internet dan untuk memiliki sebuah komputer juga masih belum mampu.
Di
tengah-tengah kekecohan kenaikan harga barang yang berlaku, saya tertarik untuk
mengkaji serba sedikit akan beberapa punca atas permasalahan yang timbul.
Bebanan hutang negara menjadi tanda tanya kepada rakyat akan apakah pemborosan
yang telah dilakukan sehingga golongan yang berpendapatan RM 3000 dan ke bawah
juga sudah layak untuk menerima bantuan zakat. Tidak guna jika kita terus protes,
berdemonstrasi dan inginkan hasil yang cepat sekiranya punca-punca atas
kejadian ini tidak disiasat daripada manakah ianya bermula. Sistem pendidikan
kita yang masih terumbang ambing tidak dipedulikan lalu ibu bapa terutamanya menyerahkannya
kepada guru-guru di sekolah sahaja sedangkan bermula daripada sistem pendidikan
berkualitilah generasi yang dihasilkan akan turut menjadi berkualiti.
Di dalam
pendidikan, banyak cabang bidang yang boleh dikaji supaya kita dapat menilai
keadaan sosial semasa yang berlaku dalam
sesebuah masyarakat. Begitulah juga yang terjadi dalam bidang seni bina di
Malaysia. Kita masih mengalami krisis tafsiran modenisme. Apa yang berlaku di
kebanyakan Negara Dunia Ketiga ialah pembangunan fizikal mendahului pemahaman
dan penerapan falsafah asal pergerakan terbabit. Kita tidak meneliti dengan
jelas apakah kesan sesebuah binaan terhadap gaya hidup masyarakat tetapi atas
sikap materialistik dan inginkan sesuatu itu dipandang pada sudut gaya rupa
sahaja, kita mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya lebih
didahulukan.
Walaupun
bidang seni bina dan profesion arkitek telah bertapak lebih setengah abad di
negara ini, namun wacana intelektual amat ketandusan sekali. Ini mengakibatkan
banyak reka bentuk bangunan seperti perumahan moden, sekolah, pejabat, dan
bangunan masih lagi menggunakan penyelesaian yang tidak relevan. Masjid dan
seni bina Islam pula masih lagi mengagung-agungkan seni bina Timur Tengah tanpa
mengetahui bahawa terdapat hasil reka bentuk atau ide-ide yang lebih baik jika
wacana seni bina segar mempersoalkan penyelesaian sedia ada.
Reka bentuk
masjid yang menonjolkan penggunaan elemen kubah, menara, ukiran geometri atau
tulisan ayat-ayat suci al-Quran pada
jubin bukan sahaja tidak mencerminkan identiti seni bina nasional malahan ianya
telah mewujudkan pembaziran dari sudut kewangan kerana kebanyakan bahan binaan
tersebut diimport dari luar negara. Dari sudut sejarah pula, masjid-masjid awal
di Nusantara termasuk juga di Malaysia tidak mempunyai kubah serta menara yang
besar tetapi masih berhasil memainkan peranannya dalam mengembangkan syiar
Islam di rantau ini.
Dalam
keadaan ekonomi negara yang masih belum kukuh, antara agenda paling penting
adalah untuk melatih rakyat negara ini supaya berjimat cermat dan mesej
tersebut boleh disampaikan melalui seni bina. Ketika negara baru mencapai
kemerdekaan, mesej tersebut kelihatan berjaya ditonjolkan melalui reka bentuk
bangunan yang menggunakan bahan murah seperti Masjid Negara, tetapi pada masa
yang sama masih berjaya menonjolkan unsur-unsur identiti seni bina nasional.
Sebenarnya banyak lagi isu seni bina yang boleh dikupas selain seni bina masjid. Rekaan seni bina mempengaruhi emosi dan perasaan manusia. Contohnya, kelemahan seni bina ruang dalaman rumah pangsa kini terdedah dengan risiko keselamatan yang tinggi. Kebanyakan rumah pangsa tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang khusus buat kanak-kanak. Suasana rumah pangsa yang membosankan juga menyebabkan golongan remaja terpaksa keluar daripada kawasan perumahan bagi mencari keseronakan lain di tempat-tempat hiburan. Walaupun kebanyakan rumah pangsa disediakan taman permainan kanak-kanak, remaja masih dipinggirkan keperluan mereka. Penubuhan pusat komuniti yang mempunyai pelbagai kemudahan dalam sesebuah kawasan perumahan adalah salah satu langkah penyelesaian di mana mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti sukan, mengakses internet dan berjumpa dengan masyarakat sekeliling.
Pembinaan kawasan perumahan juga sepatutnya lebih mesra dengan jiwa manusia. Hal ini membezakan negara kita dengan negara-negara maju yang lain di mana di negara mereka, budaya penggunaan basikal yang lebih mesra alam bebas diamalkan kerana susun atur dan keadaan jalan raya yang baik membolehkan penduduk menggunakan kenderaan tanpa motor seperti basikal untuk ke tempat-tempat yang dekat. Keadaan jalan raya yang tidak dipenuhi ciri-ciri keselamatan serta ketiadaan laluan khas basikal menghalang budaya penggunaan basikal di negara kita. Selain itu, ketiadaan tempat meletak basikal di tempat-tempat tertentu juga membataskan penggunaan basikal itu sendiri.

Masjid negara, seni bina terawal yang mengetengahkan ciri-ciri identiti seni bina nasional di Malaysia |
Masalah
penyebaran idea seni bina melalui penerbitan dikatakan antara punca wujudnya
krisis seni bina. Antara isu yang diketengahkan ialah isi kandungan penulisan
yang menyempitkan lagi istilah seni bina kepada perancangan membentuk dan
membina bangunan sahaja. Sekiranya itu berlaku, sudah tentu perbincangan isu
seni bina sukar menembusi pemikiran masyarakat kerana dianggap sebagai isu
elit. Walhal penyebaran idea seni bina perlu diwujudkan unsur kemasyarakatan di
dalamnya agar tidak menghilangkan nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya
dipelihara.
Rujukan
Kamarul. (2009). Krisis Wacana Identiti Seni Bina Malaysia. Penerbit UKM.
Tajuddin. (2011). Krisis Pemikiran Seni Bina Malaysia. Penerbit UTM Press.