Menjelang
tahun baru 2014, krisis kenaikan harga barang menjadi suatu fenomena terhadap rakyat
Malaysia terutama rakyat yang berpendapatan rendah. Mereka yang berada di
bandar, mempunyai kemudahan mengakses internet menunjukkan protes di laman
sosial tidak kurang juga membuat suasana di Dataran Merdeka menjadi kecoh lalu konsert ambang merdeka yang diadakan terpaksa dibatalkan. Begitulah yang terjadi
di bandar. Lain pula halnya di luar bandar terutama yang tinggal di pedalaman di
mana penduduk tidak tahu apa-apa kerana masih belum mendapat kemudahan akses
internet dan untuk memiliki sebuah komputer juga masih belum mampu.
Di
tengah-tengah kekecohan kenaikan harga barang yang berlaku, saya tertarik untuk
mengkaji serba sedikit akan beberapa punca atas permasalahan yang timbul.
Bebanan hutang negara menjadi tanda tanya kepada rakyat akan apakah pemborosan
yang telah dilakukan sehingga golongan yang berpendapatan RM 3000 dan ke bawah
juga sudah layak untuk menerima bantuan zakat. Tidak guna jika kita terus protes,
berdemonstrasi dan inginkan hasil yang cepat sekiranya punca-punca atas
kejadian ini tidak disiasat daripada manakah ianya bermula. Sistem pendidikan
kita yang masih terumbang ambing tidak dipedulikan lalu ibu bapa terutamanya menyerahkannya
kepada guru-guru di sekolah sahaja sedangkan bermula daripada sistem pendidikan
berkualitilah generasi yang dihasilkan akan turut menjadi berkualiti.
Di dalam
pendidikan, banyak cabang bidang yang boleh dikaji supaya kita dapat menilai
keadaan sosial semasa yang berlaku dalam
sesebuah masyarakat. Begitulah juga yang terjadi dalam bidang seni bina di
Malaysia. Kita masih mengalami krisis tafsiran modenisme. Apa yang berlaku di
kebanyakan Negara Dunia Ketiga ialah pembangunan fizikal mendahului pemahaman
dan penerapan falsafah asal pergerakan terbabit. Kita tidak meneliti dengan
jelas apakah kesan sesebuah binaan terhadap gaya hidup masyarakat tetapi atas
sikap materialistik dan inginkan sesuatu itu dipandang pada sudut gaya rupa
sahaja, kita mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya lebih
didahulukan.
Walaupun
bidang seni bina dan profesion arkitek telah bertapak lebih setengah abad di
negara ini, namun wacana intelektual amat ketandusan sekali. Ini mengakibatkan
banyak reka bentuk bangunan seperti perumahan moden, sekolah, pejabat, dan
bangunan masih lagi menggunakan penyelesaian yang tidak relevan. Masjid dan
seni bina Islam pula masih lagi mengagung-agungkan seni bina Timur Tengah tanpa
mengetahui bahawa terdapat hasil reka bentuk atau ide-ide yang lebih baik jika
wacana seni bina segar mempersoalkan penyelesaian sedia ada.
Reka bentuk
masjid yang menonjolkan penggunaan elemen kubah, menara, ukiran geometri atau
tulisan ayat-ayat suci al-Quran pada
jubin bukan sahaja tidak mencerminkan identiti seni bina nasional malahan ianya
telah mewujudkan pembaziran dari sudut kewangan kerana kebanyakan bahan binaan
tersebut diimport dari luar negara. Dari sudut sejarah pula, masjid-masjid awal
di Nusantara termasuk juga di Malaysia tidak mempunyai kubah serta menara yang
besar tetapi masih berhasil memainkan peranannya dalam mengembangkan syiar
Islam di rantau ini.
Dalam
keadaan ekonomi negara yang masih belum kukuh, antara agenda paling penting
adalah untuk melatih rakyat negara ini supaya berjimat cermat dan mesej
tersebut boleh disampaikan melalui seni bina. Ketika negara baru mencapai
kemerdekaan, mesej tersebut kelihatan berjaya ditonjolkan melalui reka bentuk
bangunan yang menggunakan bahan murah seperti Masjid Negara, tetapi pada masa
yang sama masih berjaya menonjolkan unsur-unsur identiti seni bina nasional.
Sebenarnya banyak lagi isu seni bina yang boleh dikupas selain seni bina masjid. Rekaan seni bina mempengaruhi emosi dan perasaan manusia. Contohnya, kelemahan seni bina ruang dalaman rumah pangsa kini terdedah dengan risiko keselamatan yang tinggi. Kebanyakan rumah pangsa tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang khusus buat kanak-kanak. Suasana rumah pangsa yang membosankan juga menyebabkan golongan remaja terpaksa keluar daripada kawasan perumahan bagi mencari keseronakan lain di tempat-tempat hiburan. Walaupun kebanyakan rumah pangsa disediakan taman permainan kanak-kanak, remaja masih dipinggirkan keperluan mereka. Penubuhan pusat komuniti yang mempunyai pelbagai kemudahan dalam sesebuah kawasan perumahan adalah salah satu langkah penyelesaian di mana mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti sukan, mengakses internet dan berjumpa dengan masyarakat sekeliling.
Pembinaan kawasan perumahan juga sepatutnya lebih mesra dengan jiwa manusia. Hal ini membezakan negara kita dengan negara-negara maju yang lain di mana di negara mereka, budaya penggunaan basikal yang lebih mesra alam bebas diamalkan kerana susun atur dan keadaan jalan raya yang baik membolehkan penduduk menggunakan kenderaan tanpa motor seperti basikal untuk ke tempat-tempat yang dekat. Keadaan jalan raya yang tidak dipenuhi ciri-ciri keselamatan serta ketiadaan laluan khas basikal menghalang budaya penggunaan basikal di negara kita. Selain itu, ketiadaan tempat meletak basikal di tempat-tempat tertentu juga membataskan penggunaan basikal itu sendiri.

Masjid negara, seni bina terawal yang mengetengahkan ciri-ciri identiti seni bina nasional di Malaysia |
Masalah
penyebaran idea seni bina melalui penerbitan dikatakan antara punca wujudnya
krisis seni bina. Antara isu yang diketengahkan ialah isi kandungan penulisan
yang menyempitkan lagi istilah seni bina kepada perancangan membentuk dan
membina bangunan sahaja. Sekiranya itu berlaku, sudah tentu perbincangan isu
seni bina sukar menembusi pemikiran masyarakat kerana dianggap sebagai isu
elit. Walhal penyebaran idea seni bina perlu diwujudkan unsur kemasyarakatan di
dalamnya agar tidak menghilangkan nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya
dipelihara.
Rujukan
Kamarul. (2009). Krisis Wacana Identiti Seni Bina Malaysia. Penerbit UKM.
Tajuddin. (2011). Krisis Pemikiran Seni Bina Malaysia. Penerbit UTM Press.
No comments:
Post a Comment
Perlukan kritikan...
Cadangan penambahbaikan...
Idea dan lontaran pendapat...
Terima kasih :)