"Mereka telah mencapai suatu kesimpulan bahawa eksperimen dan
pemerhatian adalah lebih baik dari apa yang diperolehi dari buku-buku langsung
mereka melepaskan diri dari menjadi murid kepada orang-orang Greek dan telah
melakukan sendiri eksperimen-eksperimen dalam bidang-bidang ilmiah."
Tuesday, 29 October 2013
Jurang Keilmuan
Suatu masa dahulu orang Arab terkenal dengan kejaguhannya dalam pelbagai
bidang ilmu. Kegiatan penterjemahan begitu giat dijalankan menyebabkan
penguasaan mereka di dalam ilmu jadi berkembang dan meluas. Orang-orang Arab
telah mempelajari bahasa Latin dan Spain dan telah menyalin kedua-duanya
(dengan jalan penterjemahan) sehingga bila mereka rasa cukup mahir dengan apa
yang mereka salinkan itu lahirlah keperibadian ilmiahnya yang mana kian hari
kian subur dan tak lama kemudian jadilah ia sebagaimana yang telah disifatkan
oleh Gustav Lobon:
Labels:
agama,
agamawan,
Gustav Lobon,
ilmu,
Kebebasan
Saturday, 26 October 2013
Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia dan Situasi yang Berlaku
Saya pernah menulis artikel yang lebih kurang sama
seperti artikel ini 8 bulan yang lalu. Tujuannya sedikit berbeza. Memandangkan hari ini
baru dibentangkan isi-isi bajet tersebut, saya berfikir lagi mengenai hal ini
kerana melihat sedikit ketidakwajaran pemberian baucar buku ini kepada pelajar
itu sendiri.
Mungkin ramai yang sibuk memperkatakan tentang isu GST, gula, bantuan yang diterima dan lain-lain tetapi memandangkan isu ini isu yang berlegar di sekeliling saya sendiri, saya rasa ia patut diutarakan bilamana saya melihat situasinya tidak berubah.
Mungkin ramai yang sibuk memperkatakan tentang isu GST, gula, bantuan yang diterima dan lain-lain tetapi memandangkan isu ini isu yang berlegar di sekeliling saya sendiri, saya rasa ia patut diutarakan bilamana saya melihat situasinya tidak berubah.