Pelbagai usul cadangan, bantahan dan tidak
kurang juga tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa ketika itu telah banyak
mengubah corak pemerintahan negara sekaligus memberi kesedaran kepada orang
awam agar tidak terus dipergunakan malah bangkit mengkritik pemerintahan
sekiranya ada cacat cela yang memberi kesan ke atas hak mereka yang tidak
terbela.
Showing posts with label aku maafkan kamu. Show all posts
Showing posts with label aku maafkan kamu. Show all posts
Sunday, 10 November 2013
Mahasiswa, Gerakan dan Keilmuan (I)
Universiti pada era 60-an dan 70-an telah menyaksikan beberapa ideologi serta
pegangan dicetuskan oleh mahasiswa yang masih berada pada kuantiti yang
sedikit ketika itu. Universiti-universiti terawal di Malaysia seperti
Universiti Malaya (UM) telah
menghasilkan mahasiswa yang radikal dari sudut perjuangan melalui
gerakan-gerakan yang mereka terajui seperti Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Persatuan Bahasa Melayu
Universiti Malaya (PBMUM). Nama-nama seperti Syed Hamid Ali dan Anwar Ibrahim
telah mewarnai arena kebangkitan mahasiswa pada lingkungan dekad tersebut.