Bagi Anida bebas itu kata yang mudah diucapkan
namun sulit untuk dipraktikkan
Maka setiap ia terbangun di pagi hari,
ia selalu bertanya
Apa itu bebas?
Mungkin kebebasan itu seperti udara yang dihirupnya
dan matahari yang menerpanya setiap pagi
Membuatnya merasa seperti manusia
Atau kebebasan itu ertinya cinta?
Sayangnya senja selalu datang lebih awal di hari-hari Anida
dan hingga Anida menutup matanya kembali,
dia belum menemukan pertanyaan yang memulai harinya pagi tadi - Apa itu bebas?
Suatu puisi yang cukup indah di dalam filem “Perempuan Berkalung Sorban” berkenaan kebebasan.
Maka setiap ia terbangun di pagi hari,
ia selalu bertanya
Apa itu bebas?
Mungkin kebebasan itu seperti udara yang dihirupnya
dan matahari yang menerpanya setiap pagi
Membuatnya merasa seperti manusia
Atau kebebasan itu ertinya cinta?
Sayangnya senja selalu datang lebih awal di hari-hari Anida
dan hingga Anida menutup matanya kembali,
dia belum menemukan pertanyaan yang memulai harinya pagi tadi - Apa itu bebas?
Suatu puisi yang cukup indah di dalam filem “Perempuan Berkalung Sorban” berkenaan kebebasan.
Filem ini telah mengangkat
martabat wanita sebagai golongan yang perlu dilindungi haknya dan bukan dinafikan hak mereka dimana penafian tersebut
cuma berpandukan penilaian hadith secara literal dan tidak merangkumi aspek
kehidupan semasa.
Membicarakan
hal berkenaan hak gender sememangnya boleh membuat hati merasa resah
lebih-lebih lagi bila ia cuma menyebelahi satu-satu gender dan tidak menyebelahi
satu gender lain yang mewakili pihak diri sendiri. Saya merasakan hal ini
saat membaca karya Allan dan Barbara Pease di dalam buku mereka bertajuk “Why
Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps” di mana pada awalan kandungan buku
ini disumbat dengan begitu banyak sekali fakta yang memenangi pihak wanita. Di
bahagian tengahnya, barulah disebutkan fakta-fakta yang menyebelahi kaum
lelaki. Terdetik di fikiran saya ketika membaca buku ini, apakah lelaki akan meneruskan
pembacaan mereka setelah bahagian awalnya banyak memenangi perempuan sebaliknya
lelaki disisihkan?
Justeru
dalam perkara ini kita perlu melihatnya dalam kerangka yang adil bagi berusaha
mengadili semua pihak sebaiknya menurut hak yang masing-masing patut
menerimanya dan kita perlu menjauhkan penilaian kita daripada sikap ego dan
emosi.
Kebebasan Berfikir
Realiti di sekolah-sekolah dan
universiti-universiti sekarang, kita tidak lagi diajar untuk berfikir
menggunakan kefahaman sendiri sebaliknya dipaksa secara halus untuk mengikut
rentak yang telah ditetapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Soalan-soalan
daripada tenaga pengajar seperti “Adakah kamu faham apa yang saya terangkan?” kebanyakannya tidak berubah bentuknya sejak dahulu lagi dan tidak pula digantikan
dengan soalan-soalan yang membuat pelajar untuk bersuara dan mengeluarkan
pendapat mereka sendiri seperti “Apa pendapat kamu tentang topik ini?”, “Bagaimana
kamu menilai topik ini mengikut pandangan kamu sendiri?”dan “Adakah lagi
apa-apa maklumat yang ingin kamu tambah ke dalam topik ini?”.
Immanuel
Kant, antara salah seorang filasuf besar baik di Timur mahupun di Barat telah
memberi contoh yang baik dalam hal ini di mana dia mahu pelajarnya memberikan
tumpuan dalam kelasnya lalu berkata, “Kamu tidak akan belajar falsafah dari
saya, saya mengajar bagaimana untuk berfalsafah, saya tidak akan mengajar kamu
fikirkan, saya mengajar kamu berfikir.”
Kita sekarang
berada di zaman industri yang tidak lari daripada sistem kapitalis yang memaksa
manusia untuk ‘mengikut’ supaya penghasilan menepati apa yang dikehendaki oleh
pihak pemerintah dan sekali-kali bukan apa yang dikehendaki oleh kita sendiri.
Lalu kita sudah semakin terbiasa dengan sistem begini hingga kita tidak
menyedari kaki kita tidak lagi berpijak pada bumi nyata sebaliknya berpijak
dalam sistem yang mengepung manusia.
Kerana
itu, apa yang perlu kita lakukan adalah keluar daripada kepungan ini atas kesedaran
diri sendiri dan bagi mengeluarkan diri dari sistem begini, apa yang kita
perlukan adalah KEBERANIAN. Keberanian untuk mengeluarkan pendapat secara
jelas. Keberanian dalam menerima pendapat yang dirasakan benar tanpa ditutupi
hal-hal remeh yang membutakan. Juga keberanian untuk membuat penilaian secara
adil.
Kebanyakan
mahasiswa sekarang belajar tidak lebih dari sekadar ingin mendapatkan
pekerjaan. Setelah mendapat pekerjaan, maka hidupnya jadi bahagia kerana sudah
ada wang. Lalu terjadilah seperti apa yang kita lihat sekarang di mana di
sektor-sektor pekerjaan, pekerjanya sering menyulitkan urusan kerja. Di jabatan-jabatan perkhidmatan, kita seringkali merungut kerana tidak dilayan secara
adil dan mesra. Tidak kira sama ada majikan mahupun pekerja yang paling bawah,
semuanya sama. Hanya memikirkan habuan lalu tidak menjiwai pekerjaan yang
dilakukan. Semua ini bermula daripada sistem pendidikan kita yang tidak
memanusiakan manusia.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment
Perlukan kritikan...
Cadangan penambahbaikan...
Idea dan lontaran pendapat...
Terima kasih :)