"Bagi kamu, kehidupan ini best tak?"
"Akhi..akhi.. Apa yang membuatkan akhi berkata begitu?"
"Kerana bagi aku kehidupan ini payah..."
"Percayalah akhi, semua orang punyai masalah..cuma kita
sebagai manusia harus bersabar dalam menguruskannya.."
"Tapi aku tak kuat untuk menguruskannya.."
"Yakinlah akhi! Akhi pasti boleh kerana Allah memberikan ujian, sesuai
dengan kesanggupan hamba-hamba-Nya.."
Dia tertunduk. Air mata yang bertakung di kelopak matanya mulai melimpah
seiring dengan hatinya yang syahdu mengenangkan nasib dirinya yang sudah tidak
punyai apa-apa. Dia sudah muflis. Isteri dan anak-anaknya dibawa lari teman
lelaki isterinya yang datang entah dari mana. Semuanya hilang dalam sekelip
mata.
Pada saat ini, baru dia sedar akan pengabaian tanggungjawabnya sebagai
suami kepada isterinya dan bapa kepada anak-anaknya. Dia terlalu sibuk mengejar
harta sehingga dia lupa untuk mengejar kasih sayang mereka.
Seringkali kesedaran timbul pada diri seseorang, sebagai petanda hidayah
akan tiba menghampirinya. Itulah yang disebut dengan panggilan batin dan
kesedaran fitrah kerana penciptaan manusia berasal dari dua alam yang
berlawanan iaitu alam roh dan alam tanah. Ia saling menarik, saling menekan.
Ketika posisi sifat tanah melemah dan menyerah, terasa alam roh akan
menguasai dirinya dan dengan itu timbullah kesedaran. Kadang-kadang kesedaran
itu timbul setelah seharian badannya mengejar dunia. Sekarang badannya
direhatkan, fikirannya dibiarkan lepas
terbang, nun jauh di alam lain. Di sanalah dia baru berfikir akan kehidupan
yang berbeza dengan kehidupan dunia ini, setelah penat memuaskan keinginan
tubuhnya, ke mana lagi dirinya akan dibawa? Terfikir pula kezaliman dan
kejahatan yang dilakukannya. Bila dia akan mendapatkan hukumannya? Atau
kebaikan yang pernah dilakukannya. Bila dia akan memperoleh sanjungannya? Dari
sebanyak itu dia berfikir, akhirnya dia akan tersungkur juga ke dalam lembah
fitrah yang sangat dalam. Itulah petanda hidayah telah mula hadir di dalam
hidupnya. Orang yang telah ditarik ubun-ubunnya oleh zat Yang Maha Kuasa, dia
akan sentuh hidayah tersebut, dia akan sapa dan bertanya tentang keinginannya.
Akan tetapi, sangat disayangkan! Banyak pula orang yang tidak boleh
mengolah perubahan dirinya menjadi sebenar-benar hidayah. Dia tidak boleh
mempertahankan hidayah tersebut, seakan-akan begitu lemah untuk mempertahankan
dan memeliharanya.
Pada saat ini, sabar dan yakinlah yang boleh menyelamatkannya. Sabar dengan
ujian yang menimpa dan yakin dengan apa yang diperbuat.
Perintah Allah untuk bersabar, sebagaimana firman Allah,
"Bersabarlah, tidaklah sabarmu itu melainkan hanya dengan Allah."
(Surah An-Nahl: 127)
Seorang muslim dituntut untuk yakin tentang semua yang dikhabarkan oleh
Allah dari semua perintah dan larangan-Nya. Yakin yang lahir dari ilmu dan
pemahaman yang benar tentang agama, inilah yang mengantarkan seorang muslim
untuk tetap istiqamah di atas agama Allah, sekalipun semua penduduk bumi
menyelisihinya.
Allah berfirman,
"Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan
kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin
akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk
dari Rabb mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung."
(Surah Al-Baqarah: 4-5)
Sabar dan yakinlah!
Kita dipilih Allah bukannya bersahaja...
ruang ini, tempat ini...
hanya untuk mereka
yang dikirakan-Nya mampu dan layak...
hikmah itu pasti...
ruang ini, tempat ini...
hanya untuk mereka
yang dikirakan-Nya mampu dan layak...
hikmah itu pasti...
Sabar dan yakinlah!
Healing-Sami Yusuf (lyrics)
Rujukan- Armen Halim Naro (2009). Untukmu Yang Berjiwa Hanif. Bogor. Pustaka Darul Ilmi. 109-138.
No comments:
Post a Comment
Perlukan kritikan...
Cadangan penambahbaikan...
Idea dan lontaran pendapat...
Terima kasih :)