Saturday, 17 May 2014

Kembali

Lama sudah rasanya tidak 'update' blog. Kira-kira tiga bulan menyepi dalam arena media sosial. Entah kenapa kekecewaan saya terhadap media sosial begitu tinggi kebelakangan ini. Tapi bukan itulah topik yang saya ingin bahaskan di sini. Kira-kira banyak lagi yang perlu dikaji.

Tiga bulan menyepi. Kadang saya merasakan apakah saya masih cinta lagi pada seni tulisan. Kadang juga saya merasakan perlu menceduk ilmu lebih banyak lagi supaya dapat membuat konklusi dengan lebih tepat dan berkesan. Usia muda tidak harus disia-siakan dengan hanya banyak memberi pendapat tetapi tidak pula berusaha mencari ilmu. Tulisan yang ditulis tanpa ada usaha mencari ilmu seperti membaca dan sebagainya ibarat sampah-sampah yang bertaburan. Hanya yang jahil sahaja boleh mengambil sampah itu kerana menyangka ianya bunga.

Saya kurang pasti apakah perlu saya wujudkan satu lagi akaun yang di dalamnya saya boleh menulis dengan lebih santai dan bukannya bahasa akademik seperti dalam blog ini. Apa yang penting, saya rasa saya tidak boleh lari terlalu jauh daripada kegiatan menulis kerana menulis mengikat saya untuk lebih memahami makna kehidupan, mendorong untuk lebih mengerti apa yang dipelajari juga sebagai catatan untuk bekalan masa depan.

Segala puji bagi Allah yang mengembalikan fitrah hambanya. Aku bermohon agar aku tidak tersasar dari landasan yang benar dan tidak pula kehilangan petunjuk. Semoga hati ini terus istiqamah dalam mencari kebaikan hingga tiba saatnya kematian.



17052014
2241
-Keseorangan di satu tempat yang ada banyak ruang.

No comments:

Post a Comment

Perlukan kritikan...
Cadangan penambahbaikan...
Idea dan lontaran pendapat...
Terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...